Tips Untuk Elak Kehilangan Beg Atau Barang Semasa Bercuti

Kehilangan beg atau barang semasa bercuti atau travel memang suatu perkara yang tak dijangka. Walaubagaimanapun ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini. Disini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti dan diharap ia sedikit sebanyak membantu anda mengatasi masalah ini;

1. Jangan bawa banyak beg, sebaiknya seorang bawa 1 beg (pakaian/makanan) dan 1 handbag/backpack (simpan barang penting)

2. Jangan pegang paper bag, shopping bag. Masukkan semua kedalam beg pakaian tadi. Kes paling biasa, tertinggal shopping bag semasa berselfie/wefie or amik gambar.

Tips Untuk Elak Kehilangan Beg Atau Barang Semasa Travel

3. Jangan bagi anak-anak kecil bawa beg, melainkan kita dah boleh redha kalau beg atau barang dalam beg tu hilang. Memang comel kalau tengok anak2 ni pakai beg, especially macam trunki atau beg sekolah yang ada gambar kartun2 tu. Kes paling biasa, tertinggal lepas scan barang kat imigresen atau dalam train/bus/taxi. Anak-anak tak akan ingat pasal beg ni, diorang happy go lucky 24/7, sekiranya nak bagi anak-anak bawa juga, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaganya.

Tips Untuk Elak Kehilangan Beg Atau Barang Semasa Travel

4. Ambil gambar keseluruhan beg yang anda bawa, senang nak tengok balik apa yang ada dan tak ada.

5. Tampal nama dan nombor telefon dan letakkan 1 salinan itinerary dalam beg anda. Sekiranya hilang di airport, pihak berkuasa boleh buka beg (TSA lock) dan lihat isi dalam beg. Letak salinan itinerary itu kat dalm beg bahagian atas sekali. Pastikan ada tulis alamat hotel dan nombor telefon untuk dihubungi (nombor hotel pun boleh). Luar beg cuma tampal nama dan nombor telefon sahaja, jangan letak alamat penuh kita di Malaysia pula kerana boleh mengundang risiko pencuri datang ke rumah anda! Cuba gunakan alamat yang ringkas sahaja.

6. Sekiranya menaiki pesawat, train atau bas, pastikan tidak lupa beg yang kita letak di rak/compartment atas dan bawah kerusi.

Tips Untuk Elak Kehilangan Beg Atau Barang Semasa Travel

7. Sesiapa yang jenis cuai, kalau bawa handphone/wallet pakai belt untuk simpan wallet/handphone itu.

Tips Untuk Elak Kehilangan Beg Atau Barang Semasa Travel

8. Paling penting, biar sampai awal ke airport atau terminal train dan bas kerana kalau kita kelam kabut, masa tu paling mudah kita nak lupakan beg-beg ni.

9. Sesiapa yang mempunyai anak kecil yang menggunakan stroller tu, bolehlah beli pockit stroller sebab ianya compact, dalam tren dan bas kalau lipat pun tidak mengambil ruang yg banyak, boleh masukkan dalam beg sandang dan mudah untuk di bawa.

Sumber – shemazack.com (30 Ogos 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.