Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci

Perkara pertama selepas dapat anda dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti rekahan pada dinding, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk anda membuat inspection atau pemeriksaaan pada rumah. Waktu itu, kita boleh membuat sebarang aduan apa-apa kerosakan atau kekurangan yang sama ada di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak anda sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan rumah anda sebelum menduduki rumah tersebut. Tapi ingat! sekiranya anda membuat sebarang major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah anda.

Peralatan Yang Digunakan Untuk Membuat Inspection:

  • Masking Tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
  • Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
  • Kamera / Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah.

Perkara Yang Harus Anda Lakukan Terlebih Dahulu:

1. Azan

Pastikan selepas anda mendapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi ke tingkat paling atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu

Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong

Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok. Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik

Cara untuk memerisa elektrik di rumah anda, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air

Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.

Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar. Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor. Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci

6. Tingkap dan Sliding Door

Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga

Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda sekiranya ada. Pastikan ianya kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Tidak Bocor

Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.

9. Dinding Retak

Periksa dinding rumah anda. Kalau ada retak sila maklumkan segera.

Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci
Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci
Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci
Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci
Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci

10. Kunci Semua

Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik. Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci Tips Sebelum Memasuki Rumah Baru, Periksa Bahagian-Bahagian Ini Selepas Menerima Kunci

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.