Tips Pilih dan Beli Air Soya Sedap Di Bazar atau Pasar Malam

Izzat Ismail yang merupakan seorang peniaga yang berpengalaman 14 tahun menjual air soya, berkongsikan cara mengenal pasti sama ada air soya yang mahu dibeli berkualiti dan sedap, atau pun tidak.

Tips Pilih dan Beli Air Soya Sedap Di Bazar atau Pasar Malam

Izzat Ismail yang berniaga air soya di bazar Ramadan setiap tahun bersama ayahnya setiap kali bulan puasa, memberikan tips berguna ini menerusi akaun Facebook miliknya. Penggemar air soya, bolehlah mengambil tips yang dikongsikan Izzat di bawah ini.

1. Korang tengok bekas air gula untuk air soya ada atau tidak di atas meja, jika tiada, maknanya penjual telah masukkan gula semasa air soya sedang mendidih. Air soya yang dicampur gula semasa sedang mendidih, rasa dan kualiti lebih baik berbanding air gula yang dicampurkan kemudian, ramai peniaga letak kemudian sebab takut rugi kos gula jika air tidak habis.

2. Pegang bungkusan air soya, dan goncang sedikit untuk tengok kepekatan. Jika cair, maknanya peniaga nak untung lebih, air banyak berbanding kacang soya, nanti bila dicampur dengan ais semasa berbuka pasti akan rasa “tawaq hebiaq”.

Tips Pilih dan Beli Air Soya Sedap Di Bazar atau Pasar Malam

Menurut Izzat , air soya yang dijual bersama ayahnya setakat ini tidak pernah menerima sebarang aduan daripada pelanggan sejak 14 tahun berniaga malah pelanggan dibenarkan datang pulang semula sekiranya rasanya tidak begitu sedap. Menurut Izzat lagi yang berasal dari Negeri Sembilan ini, ayahnya ada berpesan supaya buat air soya itu dengan sesedap macam kita buat untuk diri diri sendiri atau ahli keluarga kita jika mahu perniagaan jadi lebih berkat dan pelanggan pun puas hati.
Sumber FB Post Izzat Ismail

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.