Tips Penjagaan Cermin Mata Daripada Optometris

Cermin mata bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan. Tips penjagaan cermin mata perlu diketahui oleh semua pengguna cermin mata tidak kira pengguna baru ataupun lama.

Tips Penjagaan Cermin Mata Daripada Optometris

Dengan penjagaan yang baik, cermin mata yang anda gunakan sekarang mungkin akan tahan lebih lama. Jadi tidaklah asyik kena tukar cermin mata baru saja. Ini kerana harga sebuah cermin mata kadang-kala bukanlah murah, ada yang mencecah ratusan ringgit serta ribuan ringgi. Jadi bagaimana kita nak pastikan hayat cermin mata kita sentiasa bertahan lama?

Disini kami ada beberapa tips yang dikongsikan oleh Optometris Puan Hanun Nadiah Rozi yang kini berkhidmat di ABS Optomedik Centre Ipoh;

Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik. Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini. Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?

Tips Penjagaan Cermin Mata
1. Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

Tips Penjagaan Cermin Mata Daripada Optometris

2. Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

3. Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

Tips Penjagaan Cermin Mata Daripada Optometris

4. Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.

Sebenarnya tips diatas akan jadi mudah sekiranya anda benar-benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka. Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing 🙂
Sumber – Hanun Nadiah Rozi (Optometris)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.