Tips Langkah Pencegahan Awal Ransomware

Baru-baru ini tular mengenai serangan ‘malware’ yang dikenali dengan nama ‘Ransomware’ ini di media sosial. Bagi yang tidak mengetahui apa itu Ransomware, Ransomware adalah sejenis Malware komputer yang melakukan kerja-kerja jahat dibelakang tabir komputer (Computer Process) dengan mengunci (encryption) data/file pengguna tanpa mereka sedari.

“Tips

Ransomware ini bukan sahaja mengunci file anda, malah ianya turut meminta wang tebusan daripada anda dengan memaparkan nota tebusan sama ada dalam bentuk Wallpaper komputer ataupun nota dikomputer anda jika anda mahukan semula file anda yang telah di kunci tadi.

Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya terdapat banyak jenis Ransomware yang sedang menular di medium intenet sekarang ni. Antaranya ialah Zepto, Cerber, Mamba, Popcorn, Marlboro, Globelmposter, Globe3, Derialock, PHP Ransomware, WildFire, Chimera, Teslacrypt, Shade, CoinVault, Rakhni, Jigsaw, TM Ransomware, NMoreira dan banyak lagi.

“Jika saya ikut kemahuan mereka dengan membayar wang tebusan, adakah file saya dapat diselamatkan seperti asal?”

Wallahu a’lam. Daripada pembacaan dan beberapa cerita yang didengar, kebanyakan mereka tidak dapat file asal mereka semula. Mereka ditipu hidup-hidup dengan memberi wang buta-buta sahaja kepada si pemeras ugut ini.

Tips Langkah Pencegahan Awal Ransomware

Walaubagaimanapun ada juga yang dapat semula file mereka. Si pemeras ugut akan memberikan kunci untuk membuka file tersebut (decrypt) dalam bentuk decryption software dan private key untuk membuka file yang telah dikunci. Akan tetapi file yang mereka dapat tidak seperti yang asal.

“Jahat kan Ransomware ini? Jadi, macam mana cara untuk mencegah Ransomware ini daripada terkena?”

Di sini beberapa langkah pencegahan awal untuk menghalang serangan Ransomware ini:

1. ‘Download’ & ‘install’ perisian RansomFree oleh Cybereason
Jika sebelum ini anda tidak pernah kena Ransomware, jadi anda dsiarankan untuk download dan install perisian RansomFree oleh Cybereason ini. Perisian ini adalah perisian anti-ransomware yang mana jika ada serangan Ransomware yang dikenali didalam pengkalan datanya (database) dan Ransomware tersebut cuba untuk bertindak di komputer anda, maka Cybereason RansomFree akan menyekat misi jahatnya di komputer anda.

Tips Langkah Pencegahan Awal Ransomware

2. ‘Install’ Anti-virus terkini
Pastikan komputer/laptop anda mempunyai Anti-virus percuma atau berbayar yang terkini dan databasenya sudahpun dikemaskini. Sekiranya komputer/laptop anda masih tiada Anti-Virus ini lagi, baik anda install segera. Walaubagaimanapun bagi mereka yang masih lagi menggunakan Anti-Virus crack (Pirate), Anda sarankan tidak berbuat begitu. Anti-Virus crack ini berisiko. Jika database Anti-Virus dapat mengesan anda menggunakan Serial Key versi Crack, tak pasal-pasal dia block Anti-Virus anda. Bila sudah kena Block, anda pula terdedah dengan serangan virus lain. Jika anda mempunyai sedikit duit lebih, belilah Anti-Virus yang original. Bukan untuk orang lain pun, untuk perlindungan komputer anda juga. Jika tidak mampu, install yang percuma pun sudah memadai. Janji ada perlindungan Anti-Virus.

3. Amalkan asas pelayaran Internet yang selamat
– Tidak klik mana-mana pautan link yang mencurigakan.
– Tidak membuka email-email yang anda tidak kenal atau mencurigakan.
– Tidak klik pada Popup iklan-iklan yang mengarut atau tidak berfaedah.
– Tidak download file atau perisian sembarangan jika anda tidak mengetahui kesahihan sumber file atau perisian tersebut.

Buat masa ini, hanya tiga langkah pencegahan awal yang umum sahaja dapat dikongsikan. Bagaimanapun ada juga cara yang agak teknikal untuk mencegah Ransomware ini tetapi tak dapat nak huraikan secara ringkas untuk pemahaman bersama.

“Adakah langkah pencegahan awal ini membendung sepenuhnya terhadap serangan Ransomware?”

Wallahu a’lam. Ransomware ini bukanlah ancaman yang boleh dibuat main kerana ianya sentiasa berevolusi dari hari ke hari (evolve). Boleh dikatakan, serangan Ransomware ini datang dengan pelbagai cara yang kita sendiri tidak sangka ianya boleh terjadi begitu. Jadi, tak boleh nak jamin seratus peratus komputer/laptop anda akan terselamat daripada serangan ini.

Tips Langkah Pencegahan Awal Ransomware

Sekiranya anda terkena serangan Ransomware selepas ini, berikut adalah beberapa tindakan yang anda boleh ambil untuk mengurangkan risiko kehilangan file akibat serangan Ransomware ini.

  1. Tutup sambungan komputer ke internet dengan segera.
  2. Terus buka Control Panel —> Recovery —> Start System Restore. Leaps tu cepat-cepat buat System Restore ini pada komputer anda. Anda pilih tarikh restore dimana tarikah sebelum anda terkena serangan Ransomware ini.
  3. Selepas proses System Restore berjaya, cabut semua external device yang sedang bersambung di komputer anda. Terutamanya sekali external hard disk dan juga pendrive.
  4. Download perisian Malwarebyte di komputer lain dan install pada komputer anda semula. Selepas install, cuba scan keseluruhan komputer menggunakan perisian tersebut.

Adakah cara ini berkesan sepenuhnya? Wallahu a’lam. Tapi ada rakan saudara Taufik yang berbuat begini dan Alhamdulillah, dapat mengurangkan risiko kehilangan filenya. Anda boleh simpan cara ini sebagai salah satu cara yang kau boleh cuba.

“Macam mana nak kenalpasti Ransomware jenis macam mana yang saya kena?”

Apabila anda terkena serangan Ransomware ini, kau akan jumpa “Ransome Note” ataupun file yang telah di encyrpt oleh Ransomware tadi di komputer kau. Anda boleh pergi ke laman web ini, id-ransomware(dot)malwarehunterteam(dot)com, kau upload salah satu file ini ke laman web tersebut. Ianya akan mengenal pasti ID Ransomware yang kau kena.

Diharap engan sedikit perkongsian berkenaan Ransomware ini dapatlah menambahkan sedikit sebanyak ilmu anda semua berkenaan dengan Ransomware ini. Mudah-mudahan anda semua tidak terkena dengan serangan Ransomware ini. Semoga kita semua dilindungi daripada malapetaka ini. Apa-apapun kami sarankan anda untuk backup segala data-data penting anda supaya tidak terkilan sekiranya diserang ‘Ransomware’ ini.

Tips Langkah Pencegahan Awal Ransomware

Sumber – Penulisan ini adalah status yang dikongsikan oleh seorang juruteknik komputer iaitu saudara Mohamad Taufik Jabir. Sungguhpun beliau belum pernah terkena serangan Ransomware lagi. Tapi beliau juga sudah handle kes Ransomware ini banyak kali. Untuk mengetahui cara mencegah Ransomware yang lebih teknikal, boleh rujuk kepada komen pertama di ‘posting’ saudara Mohamad Taufik Jabir mengenai artikel ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.