Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

Apabila tiba sahaja bulan puasa, sudah pasti ramai yang akan mula memperbanyakkan lagi amalan serta ibadah yang selalu dilakukan pada bulan biasa. Ini kerana, setiap amalan dan ibadah yang dilakukan kita akan dilipat kali gandakan ganjaran pahalanya.

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

Begitu juga dengan rukun Islam kita yang ke-4 iaitu membayar zakat, dimana setiap kali bulan puasa kita diwajibkan untuk membayar zakat fitrah dengan menemui amil sama ada di masjid ataupu lokasi yang ditetapkan.

Walauabagaimanapu, bayaran zakat adalah berbeza mengikut negeri dan ia hendaklah ditunaikan sebelum solat aidilfitri. Namun begitu disebabkan sikap yang selalu bertangguh, atau terlupa, sudah pasti ramai di antara kita yang sering membayar di saat akhir dan secara tak langsung kita terkejar-kejar untuk membayarnya.

Tapi, menerusi perkongsian dari saudara Khairul Ezuwan ini, kita sebenarnya boleh sahaja membayar zakat fitrah secara atas talian iaitu dengan syarat kita mempunyai akaun Maybank yang mempunyai akses ke laman maybank2u.com.my. Nak tahu bagaimana caranya?

Mari kita ikuti perkongsian dari beliau.

Ni yang Saya lakukan dari tahun lalu. Kita ni manusia kadang-kadang kita terlupa. Walaupun sesetengah orang tidak suka dengan cara ini mungkin kerana lebih selesa berjumpa dan bersalam akad sendiri dengan Amil yang mengutip zakat fitrah.

Pada Saya sendiri , saya lebih suka bayar melalui Amil tetapi pernah satu tahun dulu waktu bujang Saya pernah hampir terlupa, tengah malam raya Saya gegar rumah Pak Imam ,Amil yang mengutip zakat. Muka pasrah jer pak Imam tu buka pintu .

Apa yang kita boleh lakukan adalah awal minggu pertama atau kedua bulan Ramadan, kita buat dahulu bayaran zakat fitrah online . Lembaga Zakat Selangor mempunyai kemudahan ini. Negeri-negeri lain anda kena check dulu ya.

Ini lebih mudah kerana semuanya berada di hujung jari kita. Namun, bila kita berjumpa atau terserempak dengan Amil di bazaar, Masjid , depan bank & sebagainya, Saya fikir tidak salah jika kita bayar lagi sekali jika kita mampu kan.

Pada saya , saya lebih suka back up dahulu dengan online ni sebelum kita terlanjur terlupa sehingga akhirnya menjelang Syawal Baru teringat tidak berbayar lagi zakat fitrah.

Maklum la kita ni biasanya “Nanti dulu la, banyak masa lagi”. “Ala ramai la orang beratur , nanti-Nanti la bayar”. Akhirnya mimpi atau perasaan jer dah bayar . Hakikatnya belum bayar lagi.

Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u.

1. Login username dan password Maybank2u anda.

2. Pilih bahagian ‘Bill Payment’.

3. Klik ‘Make a one-off payment’.

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

4. Ambil bahagian All Payee ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’.

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki. Sebagai contoh disini, Lembaga Zakat Selangor.

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar berdasarkan kadar bayaran yang dikenakan oleh negeri anda berada.

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

Bagi mereka yang ada tertanya-tanya serta was-was lagi mengenai hukum membayar zakat secara atas talian ini, boleh rujuk dibawah ini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda kesempatan, adalah lebih baik kita membayarnya melalui Amil yang dilantik.

Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Menurut info yang dikongsikan oleh Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.

Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.

Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:

“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).

Perlukah Melafazkan Akad

Panduan Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian (Online) Melalui Maybank2u

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.