Fungsi Button Shift Lock Yang Ramai Pemandu Tak Tahu

Bagi mereka yang memandu kereta dari jenis transmisi automatik, sudah pasti anda perasan di sebelah tombol gear terdapat butang kunci anjakan atau shift lock. Walaupun anda sudah memandunya bertahun-tahun, jangan terkejut kerana terdapat segelintir pemilik kereta transmissi automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut. Sebenarnya apakah fungsi dan kegunaannya dan bilakah shift lock ini perlu menggunakannya?

Fungsi Button Shift Lock Yang Ramai Pemandu Tak Tahu

Apa itu Shift lock? ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ianya dicipta kerana kereta automatik yang tidak mempunyai fungsi shift lock kerap kali terlibat dengan dua insiden ini.

  • Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D (Drive) atau R (Reverse). Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N (Neutral) atau P (Parking).
  • Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam keadaan N. Apabila dihidupkan untuk mengundur, gear terus ditarik ke bawah dalam kedudukan R, tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Jadi bagi kereta moden hari ini, anda tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

Bagaimana menggunakan Shift Lock?

Butang shift lock atau ada juga ditulis shift lock release berfungsi membebaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati ataupun membolehkan orang lain menolak kereta anda sekiranya anda letak kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang penuh. Di sinilah fungsi butang shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

Fungsi Button Shift Lock Yang Ramai Pemandu Tak Tahu

INFO EKSTRA
Butang shift lock bagi sesetengah kereta memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk membukanya. Contohnya seperti gambar dibawah:

Fungsi Button Shift Lock Yang Ramai Pemandu Tak Tahu

Anda boleh membalut atau melapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear pada kereta anda. – Sumber pandulaju.com.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.