Cara Untuk Cancel Email Yang Tersalah Hantar Sekiranya Anda Menggunakan Gmail

Mungin ada di antara anda mengalami situasi dimana tersalah hantar email kepada seseorang lebih-lebih lagi majikan atau pelanggan. Situasi yang agak janggal ini sebenarnya dapat dihindari jika anda tahu caranya.

Cara Untuk Cancel Email Yang Tersalah Hantar Melalui Gmail

Tidak ramai yang tahu tentang ciri ‘Undo Send’, sejenis fungsi yang telah diperkenalkan Google pada 2015 yang lalu. ‘Undo Send‘ ini merupakan ciri yang melambatkan penghantaran email anda beberapa saat selepas menekan ‘send‘. Jadi anda akan ada masa untuk memadam email yang tersalah hantar tu.

Ikuti langkah di bawah;

1. Pergi ke Setting.

Cara Untuk Cancel Email Yang Tersalah Hantar Melalui Gmail

2. Tekan tab ‘General’. Kemudian tekan pada ‘Enable Undo Send’ dan pilihlah berapa tempoh yang anda berikan sebelum email dihantar. Paling lama 30 saat. Selepas 30 saat memang tepuk dahi jelah.

Cara Untuk Cancel Email Yang Tersalah Hantar Melalui Gmail

Selepas anda membenarkan ciri ‘Undo Send’ ini, anda akan diberi notifikasi “Your message has been sent” dan pilihan ‘Undo’ atau ‘View’ setiap kali anda menghantar email. Sekiranya anda ingin membatalkan penghantaran email tersebut, bolehlah klik pada pilihan ‘Undo’. Selamat mencuba!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.