Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

Ini kerana anda boleh mengeluarkan wang dari ATM tanpa menggunakan kad bank. Tapi yang paling penting, dalam akaun anda mestilah ada baki untuk dikeluarkan. Kalau tidak, ditekan banyak kali pun tak keluar-keluar duit itu nanti. :P

Pernah terjadi tak dekat korang? Sampai sahaja pasaraya/pusat beli-belah, lepas tu tiba-tiba baru teringat yang dompet tertinggal di rumah. Nak patah balik ke rumah, jauhlah pulak. Kalau anda berada dalam situasi ini, jangan risau.. jangan gelabah.. tenang. Apapun sebelum kami cerita lebih lanjut, tips ni untuk mereka yang menggunakan akaun Maybank sahaja.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

Ini kerana anda boleh mengeluarkan wang dari ATM tanpa menggunakan kad bank. Tapi yang paling penting, dalam akaun anda mestilah ada baki untuk dikeluarkan. Kalau tidak, ditekan banyak kali pun tak keluar-keluar duit itu nanti. 😛

Untuk pengetahuan anda Maybank ada menyediakan khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau ‘Cardless Withdrawal’. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank lah. Hong Leong pun ada pengeluaran tanpa kad ni cuma kali ni yang kami tunjukkan adalah untuk mereka yang menggunakan kad Maybank sahaja. Bank-bank lain kami belum pasti ada atau tidak perkhidmatan seumpama ini.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

1. Mula-mula anda mestilah mendaftar dahulu perkhidmatan ini sebelum menggunakan kaedah ini. Apa anda perlu buat ialah layari www.maybank2u.com.my dan login username dan password anda. Apabila anda sudah masuk ke akaun anda, perhatikan menu yang dibulatkan (“Accounts and Banking”) dibawah dan klik link tersebut.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

2. Pilih “Transfer” kemudian lihat pada bahagian “Cashless Withdrawal”. Disitu kalau anda perhataikan, ada 2 pilihan dibawahnya iaitu “Favourite Cardless Withdrawal” atau “Open Cardless Withdrawal”. Anda boleh pilih “Open Cardless Withdrawal”.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

3. Seterusnya ada bolehlah mengisi maklumat seperti yang diminta seperti nombor telefon bimbit, nama penerima serta jumlah. Setelah anda berjaya mengisi maklumat tersebut, anda akan menerima notifikasi SMS dari pihak Maybank. Walaubagaimanapaun jumlah transaksi yang dibenarkan bagi pengeluaran tanpa kad ini ialah RM300 sehari dan 2 kali transaksi pengeluaran dibenarkan untuk nombor telefon bimbit yang sama. Setiap pengeluaran tanpa kad tersebut anda akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM1.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

4. Setelah anda dapat notifikasi SMS tersebut, anda bolehlah cari ATM Maybank berdekatan. Tekan mana-mana butang pada ATM tersebut untuk paparan skrin pilihan bahasa sama ada “Bahasa Melayu” atau “English”.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

5. Pilih “Pengeluaran Tanpa Kad”.

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

6. Kemudian pilih “Teruskan” sekiranya anda ditanya sama ada untuk teruskan atau tidak. Seterusnya anda akan dibawa kepada paparan seperti diatas. Masukkkan digit yang diterima daripada notifikasi SMS tadi dan tekan “Ya”. Untuk makluman anda, ID transaksi yang diminta ini bukanlah nombor akaun anda. Ia adalah nombor yang diterima oleh anda melalui SMS berupa 16 atau 17 digit (6 Digit ID + 10/11 digit nombor telefon bimbit anda).

Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

7. Akhir sekali, masukkan 6 digit yang anda terima daripada SMS dan tekan “Ya”. Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Bolehlah berbelanja dengan senang hati.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.