Amalkan Air Nabeez Sebagai Minuman Setiap Kali Sahur Untuk Tahan Lapar Dan Dahaga

Air nabeez merupakan amalan pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Caranya adalah dengan merendam kurma dengan air masak pada waktu malam dan keesokannya anda boleh minum setiap kali bersahur. Insyaallah, perut tahan lapar dan dahaga.

Amalkan Air Nabeez Sebagai Minuman Setiap Kali Sahur Untuk Tahan Lapar Dan Dahaga

Selain itu, Air ini juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez mempunyai kadar fiber yang tinggi, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik serta meningkatkan dan menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa. Ibu mengandung juga digalakkan untum minum air Nabeez ini kerana ia dapat mengurangkan rasa mual terutamanya pada trimesta pertama.

Seeloknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan terlalu lama sangat, lebih dari 3 hari ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.

Cara-Cara Membuat Air Nabeez:

  1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tetapi jangan campur, ya. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.
  2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
  3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
  4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Larangan – Tidak boleh mencampurkan sekali gus buah kurma dan kismis dalam satu bekas. Buatlah asing air nabeez kurma atau kismis.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.