7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

Pernah tak kita keluar atau pergi membeli belah dan tiba-tiba baru perasan yang bateri smartphone tinggal bawah 50% sahaja? Bila tengok dalam bag, power bank pula lupa nak bawa! Memang akan gundah gulana smartphone sekiranya tiada bateri.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

Lagi-lagi sekarang mood nak raya pula, memang kerap lah kita keluar untuk membeli-belah diluar. Sudah tentu akan ambil masa berjam-jam diluar. Jadi jangan rosakkan mood raya anda.

Disini ada tips yang dikongsikan oleh Rafiq Sharman (Pembina aplikasi telefon pintar) yang boleh kita gunakan untuk jimatkan bateri smartphone ketika bateri hampir habis atau ketika terlupa membawa powerbank.

1. Tukarkan kecerahan skrin smartphone anda kepada yang paling rendah. Kecerahan screen antara penyumbang utama penggunaan bateri phone.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

2. Tetapkan nada dering ke “silent mode” tanpa vibrate (gegar). Pastikan situasi kita bukan menjangkakan panggilan yang penting.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

3. Tutup data internet. Buka jika perlu SAHAJA untuk semak apa-apa perkembangan di FB, Whatsapp dan Media Sosial yang lain.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

4. Jika anda inginkan lagi extreme, setkan phone ke “Flight Mode”. Ini akan menutup data internet dan line telefon sekali, lagi jimat bateri. Dan pastikan situasi kita bukan menjangkakan sebarang panggilan telefon.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

5. Jangan main game di phone. Sesetengah permainan game akan menggunakan pemprosesan CPU dan grafik phone yang tinggi. Jadi bersabarlah sekejap, balik nanti baru sambung main game ya.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

6. Jangan off dan on semula phone dengan kadar yang kerap jika nak jimatkan bateri. Jika tempoh jangka masa yang lama tak mengapa.

Off dan On phone semula ni ibarat bila kita tidur dan bangun terus lalu terus berlari. Memang memenatkan, sama juga pada phond. Ia akan guna bateri yang banyak untuk ‘bangun’ semula.

7. Jika anda masih perlukan data internet tetapi di kawasan anda hanya ada Internet 3G atau lagi rendah, dicadangkan boleh tutup sementara internet anda. Data Internet 4G adalah paling jimat bateri. Teknologi paling baru akan pastikan pengunaan bateri lebih optimum.

7 Tips Untuk Jimatkan Bateri Smartphone Yang Hampir Habis

Tips Tambahan – Anda juga boleh menggunakan aplikasi ataupun setting terbina “battery saver” didalam smartphone anda. Kebiasaannya setting untuk power saving ini disertakan dengan paparan tempoh jangka hayat bateri anda boleh bertahan sebelum smartphone anda kehabisan bateri.

Sumber – FB Rafiq Sharman Khamis

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.