7 Tips Memilih Pomade Yang Sesuai Untuk Anda

Kami pasti ramai di luar sana khususnya lelaki suka memakai Pomade untuk menggayakan rambut anda. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu cara untuk memilih pomade yang sesuai. Maklumlah, terdapat pelbagai jenis pomade yang ada didalam pasaran. Jadi, sedikit sebanyak menyukarkan pembeli untuk membuat pilihan terbaik.

7 Tips Memilih Pomade Yang Sesuai Untuk Anda

Tapi anda kena ingat bahawa tiada Pomade yang sempurna untuk semua orang, cuma ada pomade yang paling terbaik untuk rambut anda. Jadi, kalau orang lain pakai ok, jika anda pakai tak ok, jangan pula anda salahkan produk orang yer. Cari yang sesuai untuk rambut anda.

Disini ada 7 Tips buat anda untuk memilih Pomade yang sesuai:

Tips Pertama – Ikut Budget Dan Poket
Kebiasaan pomade tempatan dijual pada harga mampu milik dan ‘reasonable’. Harga kebiasaanya dalam linkungan Rm35-Rm50 untuk pomade yang ada nama dan terkenal dalam pasaran. Jangan terlalu nak murah sampai tersalah pomade yang tidak berkualiti dan gred rendah yang boleh merosakkan rambut. Berhati-hati dengan pomade tiruan ye. Pilih lah yang berjenama dan dipercayai ramai.

Tips Kedua – Jenis-jenis Pomade
Pomade ade 3 jenis utama yang berbeza berdasarkan bahan-bahan pembuatannya iaitu waterbased, oilbased dan greasebased pomade. Waterbased Pomade pula terbahagi kepada dua kelas iaitu gel type waterbased (berbentuk gel) dan unorthodox waterbased pomade (campuran air dan minyak ). Nak tahu perbezaan? Tanye mana-mana penjual pomade sebelum membeli, jangan beli kalau dia tak tahu?. Jadi, pilih jenis pomade yang sesuai untuk rambut anda. Kebiasaan majoriti pengguna memilih gel typed waterbase pomade kerana lebih mesra alam dan mudah digunakan.

7 Tips Memilih Pomade Yang Sesuai Untuk Anda

Tips Ketiga – Hold Yang Sesuai
Ada 3 hold yang biasa kita dengar iaitu Medium , Strong Dan Heavy Hold. Kalau jenis rambut kerinting boleh gunakan jenis stronghold ataupun heavy. Untuk yang tak mahu keras-keras, boleh cari yang medium ataupun firm hold. Banyak jugak tafsiran jenis ‘hold’ ni sebenarnya.. nak tahu tanye pakar?..saya tak tahu sangat.

Tips Keempat – Shine / Wetlook
Lazimnya orang menggunakan pomade untuk bagi nampak basah dan berkilat pada rambut. Jadi, rambut anda akan nampak macam baru lepas mandi dan fresh ?. Tiada lagi masalah rambut kering! Pomade kini ade beberapa variasi untuk shine ini iaitu medium shine (matte finish) atau high shine. Kalau tak mahu kilat sangat boleh pilih medium shine. Kalau nak wetlook power boleh ambik yang high shine.

Tips Kelima – Bau dan Warna
Sekarang pomade didatangi dengan pelbagai wangian dan warna warna. Dulu kebanyakannya berbau buah-buahan,namun begitu kini bau inspired perfume pon ada seperti Hugo Boss, CK dan Polo. Pilih bauan mana yang berjaya memikat hidung anda. Jangan tersalah pilih takut pening nanti bila pakai. Untuk warna tidak penting sangat. Cukuplah sekadar warna yang menarik?

Tips Keenam – Kuantiti Gram / Ounce (oz)
Kebiasaanya pomade menggunakan Oz untuk menentukan volumenya tapi untuk mudah, ramai yang menimbang menggunakan sukatan gram. Antara kuantiti yang ada dalam pasaran ialah 100g, 113g, 120g, 150g dan keatas.Ianya bergantung kepada jenis tin/botol pomade yang dikeluarkan oleh jenama tersebut. Pomade boleh bertahan selama sebulan hingga 2-3 bulan pengunaan.Sebenarnya pomade ini amat menjimatkan??..Jangan tersalah beli yang terlalu besar jika tak perlu, takut anda jemu nanti pakai yang sama untuk tempoh masa yang lama. Biasakan untuk cuba satu persatu brand yang ada dalam pasaran. Biar ade koleksi, baru cantik.. Sokong Pomade Tempatan?

Tips Ketujuh – Cari Trusted Seller
Sekarang ini sudah ramai peniaga pomade dalam pasaran. Mesti ada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan cepat secara tidak bermoral. Pasti Ada dikalangan pembeli yang ditipu oleh peniaga dan tertipu dengan pomade tiruan. Jadi pengguna haruslah bijak dan mencari Trusted Seller seperti Premium Pomade Outlet ( PPO). PPO menjual pelbagai jenis pomade terbaik untuk rambut anda dan pastinya dipercayai ramai sejak 2015. Kini PPO sudah mempunyai 9 Outlet Di Seluruh Negara.

7 Tips Memilih Pomade Yang Sesuai Untuk Anda

Jika dah beli pomade tu, carilah gaya-gaya rambut yang sesuai untuk digayakan. Gaya yang paling famous adalah Pompadour. Kalau dapat buat tu memang terbaik. Jom kacak bergaya dengan pomade. Mari support industri Pomade tempatan. Sekian Sahaja Tips Daripada Saya. Semoga Bermanfaat Untuk Semua

Sumber – Petikan perkongsian daripada Facebook Nas Ppo

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.