7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah pasti ramai yang berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Walaubagaimanapun terdapat golongan yang begitu gusar serta takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan. Ia tak lain dan tak bukan adalah kaum wanita. Ini disebabkan dalam tempoh sebulan Ramadhan, wanita sudah tentu akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan untuk melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid.

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

Dalam hal ini, seharusnya kaum wanita perlulah faham dan redha di atas ketentuan Allah SWT ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata,

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

Sebenarnya, banyak lagi amalan yang dapat dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Tidak mungkin Allah SWT mengabaikan kaum wanita untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya? Jom kita lihat apakah amalan-amalan yang wanita dalam haid atau uzur boleh lakukan semasa di bulan Ramadhan untuk merebut ganjaran pahala seperti mereka yang berpuasa.

1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa.

Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda,

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

2. Memperbanyakkan Sedekah

Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w;

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

Menurut Ibnu Abbas;

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

3. Berzikir

Berzikir juga adalah amalan yang dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.

Sebaliknya boleh memperbanyakkan bacaan zikir mutlak (perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu) dan zikir muqayyad (perlaksanaannya dibatasi oleh waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu)

Contoh zikir multak ialah membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar). Manakala contoh bagi zikir muqayyad ialah membaca ‘Bismikallahumma ahya wa amut’ ketika hendak tidur.

4. Beristiqfar

Lazimi lidah kita dengan sentiasa beristiqfar terutamanya pada waktu sahur. Allah telah berfirman;

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

5. Membaca Al-Quran

Terdapat perselisihan sama ada wanita haid dibenarkan atau tidak untuk membaca Al-Quran. Namun, pendapat yang kuat daripada Imam Malik, Imam Syafi’i dan Iman Ahmad menyatakan bahawa wanita haid adalah dibenarkan untuk membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya. Tetapi, mereka dilarang sama sekali untuk memegang Al-Quran.

6. Menyediakan Juadah Berbuka Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda;

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

7. Keluar Melihat Solat Hari Raya Dan Mendengar Khutbah Raya

Ummu Athiyah berkata;

7 Tips Dapatkan Pahala Di Bulan Ramadhan Bagi Wanita Dalam Haid.

Terus Kekal Mencari Pahala.

Jadi para muslimah sekaliah, cuti berpuasa tidak bermaksud anda cuti daripada mengumpul pahala. Cuba lakukan sebanyak mungkin kebaikan seperti senyum dan berwajah ceria kepada sesama insan, membantu orang yang memerlukan pertolongan, menyediakan pakaian bagi mereka yang mahu berterawih dan pelbagai lagi. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan memberi pahala seperti meraka yang berpuasa. Insya-Allah.
Sumber – Tazkirah.net

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.