6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata

Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu daripada terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan. Sebab itulah kucing sering dilayan bagai anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing itu selalu kencing merata-rata.

Kebiasaannya, situasi ini berlaku apabila kucing telah menjangkau umur yang sesuai untuk mengawan iaiatu sekitar umur 5 hingga 12 bulan. Kecenderungan kucing untuk pergi ke tempat yang sama berulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya sudah pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.

Selain najis yang perlu di bersihkan, masalah ini menimbulkan bau yang kurang menyenangkan di ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini. Jadi disini, kami akan kongsi beberapa tips atau cara bagaimana untuk elakkan kucing anda daripada kencing merata-rata;

1. Serai
6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata
Bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk yang berasaskan serai atau serai wangi dan sermburkan pada kawasan yang kucing anda sering kencing.

2. Lada Hitam
6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata
Didihakn air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalam nya. Kemudia masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing selalu kencing.

3. Belerang
6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.

4. Cuka
6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata
Jika aada kucing yang baru sahaja kencing di satu tempat, segera bersihkannya. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing sehingga kering.

Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

5. Toilet Training
6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter Box’ dan latih kucing anda untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakkan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.

6. Kasi Kucing
6 Tips Untuk Elakkan Kucing Anda Daripada Kencing Merata-Rata
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucing berumur 6 bulan. 90% kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.

Dipetik daripada jomviral.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.