15 Tips Raya Dikampung Yang Perlu Anda Tahu

Saban tahun, memang suatu tradisi orang di Malaysia untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Yang paling meriahnya apabila kesemua adik beradik kita balik ke kampung untuk raya bersama. Walaubagaimanapun anda perlu tahu 15 tips ini bagi memudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung.

15 Tips Raya Dikampung Yang Perlu Anda Tahu

1. Kalau boleh bawa balik seterika sendiri. Supaya tak berebut terutamanya pada malam dan pagi syawal tu. Kalau rasa muat bonet, bolehlah angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung mungkin ada yang tiada aircond serta kipas yang sikit. Jadi jangan lupa untk bawa balik satu kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Boleh bawa balik power extension sekali. Taklah berebut nak charge telefon, nak iron, ataupun nak guna blender dan lain-lain.

15 Tips Raya Dikampung Yang Perlu Anda Tahu

4. Kalau perlu, bawalah tilam atau toto sekali. Jadi dapatlah anda tidur dengan lebih selesa sikit.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi janganlah pula sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolonglah atuk mengemas rumah, sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dan lain-lain.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan handphone, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok handphone juga kerana Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, orang lelaki hendaklah elakkn daripada buka baju atau merokok ketika berada ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan ‘respect’.

9. Santuni adik beradik yang sedikit ‘kurang’ berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea atau pun lain-lain. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun ‘keberadaan’ kita bersama mereka lebih disyukuri.

15 Tips Raya Dikampung Yang Perlu Anda Tahu

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan satu lagi, masa raya ni lah nak kenal saudara mara kita. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dan lain-lain. Paling kurang pun belilah ‘kordial sunquick’ pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar kita. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita. Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain, jangan harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati yang tua dan yang muda. Yang penting jangan rasa kita ni hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya di rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!:)

15 Tips Raya Dikampung Yang Perlu Anda Tahu

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.