10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah makanan yang sudah melepasi tarikh luputnya masih boleh lagi dimakan. Menurut penulis terkenal lifestyle iaitu Sadie L. Trombetta, kebanyakan orang ramai salah faham mengenai tarikh luput yang tertera pada label makanan. Sebenarnya tarikh luput yang dipamerkan adalah untuk makluman pengguna tentang kesegaran makanan tersebut.

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Tetapi jika makanan itu sudah kelihatan teruk, busuk dan nampak lain daripada sebelumnya, janganlah anda teruskan niat untuk makan makanan tu. Tak pasal-pasal masuk ke hospital nanti. Cuma yang pasti, 10 jenis makanan di bawah berikut masih boleh lagi anda makan jika terlepas tarikh luput itu;

1. Keju

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Jika nampak kulat mula menumbuhi permukaan keju, jangan terus buang! Buang sahaja bahagian yang telah rosak dan selebihnya masih boleh digunakan lagi.

2. Bijirin Sarapan Pagi

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Biji-bijiran memang mengandungi jangka hayat yang tinggi. Jika anda menyimpan dalam kondisi ruang yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari ia masih boleh dimakan selama sebulan dari tarikh luput.

3. Pasta

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Sememangnya jangka hayat yang tertulis pada pasta itu sendiri lama iaitu di antara satu hingga dua tahun, walaubagaimanapu kalau diikutkan ia mampu bertahan lebih lama lagi. Ini kerana bahan tersebut tidak mengandungi air. Asalkan ia disimpan di dalam ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan diletakkan di tempat yang kering, pasta yang belum di masak ini sudah pasti boleh tahan lama.

4. Roti

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Ia memang akan berkulat, tetapi roti yang telah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan lagi walaupun ada sedikit pertumbuhan kulat-kulat pada sesetengah bahagian roti itu. Tetapi jika roti tersebut berbau masam dan rupanya yang lain macam, janganlah anda cuba-cuba makan! Tetapi menurut Penulis Sadie L. Trombetta berkata, roti perancis kalau sudah melepasi tarikh luput merupakan roti yang masih enak dimakan.

5. Yogurt

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Jika anda terlupa nak makan yogurt yang masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti, jangan terus buang jika terlihat sudah melepasi tarikh luput. Ia sebenarnya masih selamat dimakan setelah satu hingga dua minggu dari tarikh itu. Tetapi awas kalau ada bau lain macam dan telah ditumbuhi kulat, jangan makan!

6. Kerepek Kentang (Makanan Ringan)

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Jika bungkusan tersebut telah dibuka, kerepek kentang anda boleh dimakan lagi untuk jangkamasa beberapa minggu. Tetapi jika masih belum dibuka, ia masih boleh dimakan sebulan selepas tarikh luput.

7. Coklat

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Kalau anda perasan, coklat yang sudah lepas tarikh luput akan ditumbuhi dengan lapisan warna putih. Sebenarnya itu bukan kulat. Ia dipanggil chocolate bloom iaitu berpunca dari gula atau lemak. Ia masih selamat dimakan jika ia disimpan di dalam ruang sejuk 70 darjah keatas atau ke bawah.

8. Rempah/sos

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Biasanya rempah seperti sos tomato, mayones dan jem kalau dah lepas tarikh luput kita akan terus buang .Tetapi sebenarnya ia masih boleh dimakan! Sekiranya anda sudah membuka botol itu, hidu terlebih dahulu sama ada bau basi atau tidak. Kalau masih belum dibuka dan disimpan di dalam kabinet , ia boleh bertahan sangat lama dari tarikh luput yang tertera.

9. Makanan Sejuk Beku

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Makanan sejuk beku memang diakui masih boleh dimakan meskipun telah melepasi tarikh luput.

10. Buah/Sayuran yang dibungkus

10 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Sudah Sampai Tarikh Luput

Lebam yang terdapat pada timun, salad yang layu dan sebagainya sebenarnya masih boleh dimakan. Jika berkaitan dengan buah dan sayuran kalau anda lihat ia tidak membusuk ia masih boleh dimakan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.